http://bajas-usratijannati.blogspot.com/

Saturday, October 22, 2011

Anugerah Tuhan buat Insan Istimewa

Assalammu'alaikum w.b.t.

             Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Betapa hari ini saya bersyukur kerana dipertemukan insan istimewa yang mengajar saya menjadi insan istimewa buat anak didik yang teristimewa. Meski datang agak lewat kerana tidak pasti dengan rencana hari ini, namun akhirnya nikmat berjalan kaki dan langkah menuju ke Dewan Kuliah Utama,APIUM memberi jawapan yang sangat menikam sukma dan impak kesedaran yang mendalam.    

bersama ustazah 'aziah

          Belajar ilmu baru dari seorang guru yang dinobatkan di peringkat kebangsaan iaitu Ustazah Nor 'Aziah Mohd Daud menjadikan diri ini begitu bertuah, dan peserta-peserta lain mesti alami apa yang saya rasai. FAQIH, Celik Al-Quran berpandukan Nombor dan Warna, itulah istimewa kaedah dari insan istimewa. Satu persatu kaedah kami di ajar, bermula dari pengenalan sehinggalah boleh menggerakkan jari membentuk aksara Bismillahhirrahmanirrahim dalam bahasa Arab dengan mudah untuk komunikasi buat insan teristimewa. Kini, barulah saya mengerti, inilah Fardhu Kifayah. Sekalung penghargaan buat Ustazah kerana memberi kesedaran ini. Mereka memerlukan apa yang kita ketahui, itulah dia amanah dalam ilmu. Kita sudah pelajari dan sampaikanlah kepada insan-insan yang memerlukan.  

buku kaedah faqih


Semoga ilmu yang bermanfaat menjadi manfaat buat kita..

Sunday, October 9, 2011

Be a greater woman!!

Alahmdulillah..syukur dipanjatkan ke hadratNYA kerana saya masih dapat berkongsi cita dan rasa buat semua..

Alhamdulillah.. Semoga mama dan bapa serta semua keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan semua penduduk Muslim di alam ini sentiasa dalam taufik dan hidayah serta kesihatan yang baik.

Alhamdulillah, akhirnya hujung jari ini berjaya melakar kembali coretan di laman skrin notebook.

Alhamdulillah juga, buah fikiran ini kembali untuk berniaga..

Alhamdulillah juga, kaki ini melangkah kembali ke bumi UM setelah 4 bulan bercuti + 2 minggu cuti disebabkan hal yang tidak dapat di elakkan..


Alhamdulillah.. semoga kita terus menulis dan menulis serta belajar dan belajar..


Ingat selalu!! Jangan susahkan orang lain !!





Sunday, June 26, 2011

Masak Vs Cooking

Assalammu'alaikum semua..

Kamu tahu apa yang paling best dalam hidup seorang wanita@perempuan? Itulah dia memasak. Kata orang setinggi mana pun dia belajar walaupun dia seorang ratu sekalipun, mesti dia pernah masak, tidak pun masak yang special, mesti akan dan pasti memasak. Siapa setuju??=)

Alhamdulillah, setelah tahu serba sedikit mengenai cooking @ masak ini. Maka terciptalah Spagetti dan Asam Pedas ciptaan penulis dan kakak penulis.. Hehe=) itulah ciptaan kami hasil buah fikiran orang lain=) C adik penulis juga turut membantu sama.

Untuk masa ini tidak sempat snap gambar apa yang telah dihasilkan dari air tangan kami. InsyaAllah, akan datang ada..=)

Apa-apa pun, masakan our mother paling sedap didunia. Tidak ada tandingan. Lebih-lebih lagi bila mama masak ayam masak kunyit dan tinamba=) Ponsikow ogumu ama..=)

Semoga kita semua sentiasa mempelajari dan mengajar =)

Wednesday, June 1, 2011

Kenangan Semalam

Assalammu'alaikum buat semua readers..=)

Agak lama hujung jari ini tidak mencoret sepatah dua kata.
Hari ini satu pengajaran yang amat berguna kepada kita semua, jadilah insan yang hati dan fikirannya sentiasa besar. bukan punyai hati dan fikiran yang kecil, sehinggakan perkara yang berguna buat diri tidak dimanfaatkan sebaiknya.

itu motivasi buat hari ini. bersyukur menjadi seorang anak kepada mak dan bapa saya, serta menjadi adik yang ke-7, dan kakak yang ke-4. Masa bersama-sama mereka amatlah saya hargai. berkumpul bersama mereka merupakan satu pengalaman terindah.

ketika makan bersama di sawah yang terbentang luas, itulah nikmat sebenar ketika makan. cuba kalian makan dirumah, pasti pengalaman dan 'rasa' itu tidak ada. syukur kepadaNYA.

Meski kali ini, peluang bersama- sama kawan-kawan dan adik-adik baru tidak dapat saya sertai, namun dikejauhan, semoga mereka mendapat ilmu dan pengalaman yang berguna. tidaklah sia-sia cuti mereka. ingtalah, pengalaman banyak mengajar kita menjadi seorang insan. insan tidak akan berdiri jika tidak dididik dengan pengalaman=)

Cuti ini terisi dengan kenangan manis dan pahit. namun semua itu ujian dariNYA..Alhamdulillah..=)

InsyaAllah, bulan 7 ini bakal menjadi seorang cikgu tidak rasmi=) mohon doanya..

Sunday, May 15, 2011

♥ Ini yang paling best

baru sebentar tadi saya memasukkan entri baru..
tapi saya mahu tambah juga..
ini dia..
cerita di kampung..
jangan terkejut!!



betik yang ganjil


tutan



tarap





sapaan selamat pagi yang begitu saya rindu




bagi makan kucing




bagi makan ayam




apa- apapun kita punya cerita dikampung..
Berbanggalah dengan tempat kita sendiri!!
(^____^)



Saturday, May 14, 2011

♥ceritera cuti saya dan kamu♥

Assalammu'alaikum w.b.t.

Salam kasih sayang buat semua.. Selamat menempuh cuti yang panjang.Serupa cuti kita selepas tamat SPM dahulu.

Apa rancangan masa cuti?
  • Business woman to be
  • Designer to be
  • Teacher to be
  • Fasilitator to be
  • Full time in house to be
  • Most important.. Full time an Abdillah, a good doughter to my mother & father, a good sister in my family..Insya Allah..(pray for me)
  • how about you?
InsyaAllah, saya doakan semoga apa sahaja rancangan kita masa cuti ini, penuh dengan manfaat, jangan sia-siakan, kerana masa tidak akan datang atau tunggu kita.

Now,mode untuk balik di kampung. Tidak lama lagi. 18/5/2011. Zaim Luqman, jangan nakal-nakal ya, Acik Ila jumpa kamu isnin ni=)

Happy to have the part of my life(lappy@laptop)




Tuesday, May 10, 2011

.: Bingkisan Ijaz 'Adadi :.

Alhamdulillah, setelah mencedok sedikit ilmu mengenai ijaz, saya telah dapat menyiapkan sedikit bingkisan ijaz ‘adadi. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.InsyaAllah

Bingkisan kecil ini saya tujukan khas buat kedua ibu bapa saya, keluarga saya dan semua yang pernah mendidik saya, serta sahabat-sahabat saya..
BINGKISAN IJAZ ADADI

Ilmu I’jazi
Perkenalan denganmu manfaat
Buat si pencinta ilmu
Kalam Allah yang menjadi tunjangmu
Lantas..
Pelusuk dunia semakin menelaahmu
Al-Quran dikaji
Disetiap juzuk..
Surah..
Ayat..
Dan.. disetiap tulisan huruf- huruf.

Ilmu I’jazi..
Buat pencintamu
Maka segenap bidang I’jaz
Terus melebarkan sayapnya
Laksana air yang tidak akan putus.

Ijaz Bayani..
Ijaz Ta’siri..
Ijaz ‘Adadi..
Keistimewaan tersingkap diruang khazanah agung
Ulum al-Quran
Kalam Allahhu Rabbi.

I’jaz A’dadi
Matematika menjadi resammu
Disetiap bait kalam Allah
Menjadi keutamaanmu.

Kalimah- kalimah..
Ayat- ayat..
Serta huruf- huruf tersusun indah
Melewati lintasan sejarah yang panjang
Simbol makna pada lafaz
Kian terserlah maksud yang tersembunyi
Pada kalam Allah
Panduan abadi sepanjang zaman.

Jika hanya..
Huruf hijaiyah dikenali sebagai cerminan semata
Namun..
Sejarah telah membuktikan
Alif adalah satu
Ba diumpamakan dua
Lihat..
Sungguh cantik segala percaturan Allah.

Tokoh- tokoh menjadi sandaran
Di antero dunia
Cetusan keilmuan bukan digali semata
Tanggungjawab melebihi keperluan
Lantas I’jaz ‘Adadi terus mekar
Mewarnai ..
Kehalusan Ulum al-Quran.

Dikejauhan..
Kedengaran..
Suara- suara pelopor Ijaz ‘Adadi
Dr. Abu Zahra An- Najdi..
Dalam karangannya
(Minal I’jazul Balaghi Wal’adadi Li Quran al-Karim)
Abdul Razaq Naufal..
Pada karyanya
(Al- I’jazul ‘adadi fil Quranil Karim)
Dr. Ali Hilmi Musa..
Dengan artikel penanya
(Bantuan alat-alat hitung elektronik dalam mempelajari kata- kata al-Quran al-Karim)
K.H. Fahmi Basya..
Pada cetusan ideanya
(pembuktian korelasi hasil perhitungan matematik dengan ayat- ayat al-Quran)
Dan..
Andri Abdurrochman..
Pengkaji Ilmu I’jazi
(Ahli fizik bakal pencetus I’jaz A’dadi Nusantara)

Inilah..
Nama- nama pelopor cendekiawan I’jazi
Cedok ilmunya..
Rintis ilmunya..
Moga kan jadi manfaat berguna.

Penyelewengan terus disanggah
Dasar lantas ditolak
Rashad Khalifa
@ Richard Khalif terbunuh
Bersama kod 19 yang dilontarkan
Meski pernah mengejutkan dunia
Serta..
Idea pola numeric dalam al-Quran
Yang mencetuskan revolusi dunia.

Demikianlah..
Jika mengenal I’jaz ‘Adadi
Terbukti..
Kalam Allah al-Quran
Bukanlah rekaan semata
Menolak kesangsian terhadap al-Quran
Menetapkan qalbu mukmin terhadap al-Quran.

Maka..
Inilah dia al-Quran
Mukjizat Allah S.W.T.
Yang kekal..
Hatta dihari kebangkitan kelak.

Monday, May 9, 2011

optmis

OPTIMIS

Selalulah membawa perkhabaran yang baik kepada sesiapa sahaja yang berada disamping kita..

..always practice the word of Allah S.W.T "Say:" With the grace of God and His mercy, let with them that rejoice. gift of God and His mercy is better than what they collect. "[Yunus: 58].

Rasulullah S.A.W. tidak pernah berduka dalam urusan dunia, dimana baginda selalu memotivasikan diri dengan ayat-ayat di atas..

Pesimis menjadi lawan kepada optimis. Dimana tugu optimis kita kadangkala roboh dek olehnya. Tetapi, tahukah anda apa kesan pesimis unruk jantung kita?

Motivasi buat kita..
And the Prophet himself was amazed by all the affairs of the believers, because it contains all of the good: If a disaster struck (tribulation) be patient then is good for him, and if he is happy, he grateful and it's also good for him!

Moga menjadi pengubat duka kita..=)

Beberapa jam selepas Madkhal

Alhamdulillah.. itulah perkataan yang cukup berkesan dihati saya ketika menjawab soalan madkhal di ruangan peperiksaan petang tadi..

Berbekalkan semangat yang dipinjamkan olehNYA.. Alhamdulillah.. kurang satu minit dari jam 5 petang saya dapat mengingat satu ayat yang begitu mudah, tetapi dikala tangan dan otak ligat memerah tenaga, ketika itu terlupa sebentar.. Alhamdulillah ilham Allah berikan disaat- saat akhir, cuma kena sabar..

Pelbagai cerita dan kisah yang datang masa-masa minggu peperiksaan ni, dan minggu ini merupakan minggu yang terakhir, sebelum masing- masing balik kampung selama hampir 4 bulan.. Sabar..sabar.. Peperiksaan ada satu paper lagi..=)

Minggu- minggu ini juga ujian datang menduga, moga ini satu ujian kecil bagi diri yang kerdil ini..

Salam buat semua.. Semangat2 untuk minggu ini

Saturday, April 30, 2011

Mari kita ubat stress



Assalammu'alaikum pembuka kalam, semoga kita semua mendapat kerahmatan dari Tuhan sekalian alam.
Alhamdulillah, sejenak tadi terfikir untuk membuka laman www.kaheel17.com. Maka pelbagai penemuan baru saya perolehi, berguna sangat- sangat buat diri saya, malah anda semua, iaitu kita sebagai hamba Allah S.W.T.
Musim - musim peperiksaan begini, mesti kita sentiasa dilanda stress, tension atau pelbagai istilah lain. Demikian juga dengan saya, kita insan biasa tidak pernah lari dari itu. Namun fakta hari ini telah menjelaskan jika kita selalu dalam keadaan yang tidak seimbang seperti itu, maka seluruh otak serta jisim serta ruh kita akan mengarah kepada satu..(tidak tentu hala). Tahukah kita sebenarnya itulah punca-punca kecil kepada tumor. Begitu juga serangan jantung. Nauzubillah, janganlah kita sampai begitukan.. seperti kata-kata ini:

"U.S. research has revealed that stress and psychological pressures faced by individuals on a daily basis can cause some types of cancer. While a similar European study found that stress is harmful to heart health. The study carried out by researchers from the American University "Yale," that psychological stress may stimulate the daily growth of tumors, And that any shock, emotional or physical, Can serve as a "corridor" between cancerous mutations which eventually lead to serious tumors. "

"European study addressed another aspect of the stress, The British research has shown a negative effect on the heart and the disease which may be caused by stress .This study confirms scientifically, the prevailing belief since ancient times being linked to heart attacks. "







Namun, Allah juga telah berfirman dalam al-Quran, setiap penyakit ada penyembuhnya, kecuali mati. Maka usah gundah dan lara, Allah S.W.T. sentiasa mengasihi hambaNYA, dan mahukan yang terbaik buat hambaNYA. Cuma hambaNYA kena berusaha mencari dan melakukannya. Kita boleh ambil ini sebagai hikmah..

"Tian Xu, a specialist Professor in genetics from Yale University Says: "There are a lot of different circumstances can lead to stress. And reduce or avoid the circumstances that cause it, are always a good advice... ".

Maka, selalulah mendapatkan motivasi, kata- kata semangat dan lain-lain lagi. Paling utama ubat yang paling berkesan, Al-Quran. تلا Al-Quran atau bacalah Al-Quran serta tadabburkan kandungannya. Kerana itulah ketenagan sebenarnya. Allah S.W.T. adalah pemberi nasihat yang terbaik, dan dengan mengingatiNYA hati akan tenang. InsyaAllah..
"Those who spend, whether in prosperity, or in adversity; who restrain anger,
and pardon men;
for Allah loves those who do good".( Al- IMRAN: 134)"

The best way to treat the psychological pressure is Amnesty. Because Allah says:
"The remission
is the nearest to righteousness. And do not forget liberality between
yourselves. For Allah sees well all that you do."(Al- Baqara: 237) "

"Nor can Goodness and Evil be equal. Repel with what is better: Then will he
between whom and you was hatred become as it were your friend and intimate.
And no one will be franted such goodness except those who exercise patience and
self-restraintـــــ none but persons of the greatest good fortune."
( Fosilate:34-35). "

Whatever your problem with others is, it can be resolved as soon as the transaction
in the best manner and with a little patience and with a good word. As Allah said:
“See you not how Allah sets forth a parable? A goodly Word like a goodly tree, whose
root is firmly fixed, and its branches to the heavens. It brings forth its fruit at
all times , by the leave of its Lord. So Allah sets forth parable for men, in order
that they may receive admonition"( Ibrahim:24-25).

Demikian yang cuba saya sampaikan pada tika dan saat ini. Jangan lupa juga, sentiasa berada dikalangan mereka yang positif, dan ini akan menjadikan anda sentiasa positif. Teringat kata-kata sahabat saya, Positif dengan setiap apa yang kita dapat, Allah mesti dan ingin yang lebih baik dari kita. Kira macam kita win-win situation, apa kita buat, itu kita dapat. Cuma kena berusaha dan berdoa selalu, dan jangan lupa iltizam dan tawakkal kepadaNYA.
"Lebih baik penat belajar sekarang daripada penat menyesal kemudan hari. penat belajar mungkin beberapa gram sahaja dibandingkan dengan penat menyesal beberapa tan"
Jadi, kita jangan penat-penat, sentiasa tanamkan dalam diri sikap seorang ulama yang dahagakan ilmu.InsyaAllah

Akhir kalam,dari hamba yang dhoif dan cuba belajar serta berkongsi, mudah-mudahan kita semua sentiasa positif dan ceria. Serta yakinlah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya!

tinta hati:
nourfadyl

Wednesday, April 20, 2011

Bingkisan I’jaz ‘Adadi

Ilmu I’jazi

Perkenalan denganmu manfaat

Buat si pencinta ilmu

Kalam Allah yang menjadi tunjangmu

Lantas..

Pelusuk dunia semakin menelaahmu

Al-Quran dikaji

Disetiap juzuk..

Surah..

Ayat..

Dan.. disetiap tulisan huruf- huruf.


to be continue....



Tuesday, April 19, 2011

AKIBAT SEKETUL AIS


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah

akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak

yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada

serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!


FROM: FACEBOOK NOTE


UNTAIAN KESEDARAN

Monday, April 18, 2011

RAHSIA ILMU KESIHATAN DALAM AL-QURAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

82. dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al- Israa :82)

Demikian ayat al-Quran yang cuba saya bawakan untuk sesi fikir dan zikir kita pada kali ini. Saya kira akan timbul persoalan serta perasaan takjub yang hebat tatkala mata hati kita meneliti ayat tersebut. Hanya dengan mengamalkan ayat- ayat al-Quran serta memahami al-Quran kita boleh meneliti rahsia kesihatan bagi jasad serta roh yang dipinjamkan oleh Pencipta Maha Agung kita, Allah S.W.T. SubhanAllah, betapa indahnya Al-Quran disusun oleh Allah S.W.T dengan setiap huruf, kalimah, ayat, surah dan juzuk berada pada tempatnya serta maknanya yang tersendiri. Semuanya mukjizat dari Allah S.W.T buat kekasihNYA Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi ikutan kita, umat diakhir zaman ini.

Jika ditelusuri kronologi pendidikan seseorang yang mengambil ilmu Tibb atau kedoktoran, frasa tajuk yang saya bawakan ini tidak asing lagi pada halwa telinga mereka. Kemungkinan bagi yang tidak mengambil ilmu Tibb ini, saya kira ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Saya percaya dan yakin, meskipun kita tidak mengambil ilmu perubatan, kita boleh meneroka ilmu perubatan dengan cara kita sendiri. Tidak mustahil, siapa tahu pelajar yang mengambil jurusan Fakulti Ekonomi atau Fakulti Pendidikan boleh mendalami ilmu perubatan seperti Ibnu Sina di zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Maka, tidak mustahil juga Kitab Qanun Fi Tibb akan wujud di generasi ini.

Lalu, apakah sebenarnya 1001 rahsia kesihatan dalam al-Quran ?

KEBERSIHAN

Kebersihan adalah lambang kesihatan seseorang. Bagaimana ilmu kesihatan berpaksikan al-Quran boleh wujud melalui medium kebersihan ini?

Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Baqarh ayat 222 ;

222. ……Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.

Begitu juga dalam surah al-Maidah ayat 6;

6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Jelas, dari ayat diatas hal ini terbukti apabila sebelum kita mengerjakan solat, satu kewajiban ke atas hambaNYA ialah membersihkan badan dan membasuh anggota tubuh terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat. Bagaimana Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap keadaan hambaNya dengan memerintahkan hambaNYA untuk membersihkan diri serta bersuci dari hadas kecil dan besar sebelum melakukan suatu ibadat khusus. Jika kita membiarkan diri dalam serba kekotoran, maka kemungkinan besar penyakit- penyakit yang memudaratkan akan datang kepada kita, termasuklah juga menahan diri dari hadas kecil dan hadas besar.

Cuba kita teliti ayat terakhir dari surah al-Maidah di atas.

“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

KELONGGARAN @ RUKHSOH

Allah S.W.T. juga memberikan peluang atau kelonggaran kepada hambaNYA jika berlaku sesuatu halangan bagi mengerjakan ibadah umum atau khusus. Syukur kehadratNya betapa Allah S.W.T Maha Mengasihi dan mengambil berat terhadap kesihatan hambaNYA. Maha Mengetahuinya Allah S.W.T. terhadap setiap apa yang berlaku kepada hambaNYA, kemudian diberikan nikmat kesihatan di dunia ini.

Contohnya, Islam memberikan keringanan kepada orang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa dikhuatiri akan menyebabkan sesuatu yang memudaratkan akan berlaku. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Selain itu, Islam juga menggugurkan kewajiban haji dari seseorang yang sedang sakit, sepertimana dalam firmanNya, surah al-Imran ayat 97 ;

97. di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Bersyukurlah kita di atas nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Ingatlah nikmat sihat sebelum nikmat sakit. Allah memberikan peluang kepada kita untuk mengecapi nikmat kesihatan, kemudian bersyukurlah kita, kerana segalanya boleh dicabut dengan sekelip mata. Apabila kita sakit pula, jangan mudah putus asa untuk mencari penawarnya kerana tidak ada penyakit yang boleh diubati selain dari mati.

Semoga kita mendapat manfaat dari sedikit perkongsian ini.InsyaAllah, akan menyusul pula edisi akan datang mengenai tajuk ini.

Tinta Hujung Jari,

Noor Fadilah binti Md Aslie

Universiti Malaya Kuala Lumpur

Friday, March 4, 2011

Manusia vs Materialisme

Salam sejahtera ke atas yang membaca entri pada kali ini..
Alhamdulillah, sebentar tadi saya terfikir untuk meletakkan frasa pada Google "Manusia bertuhankan wang". Dan ini blog yang saya jumpa. Kira ia amat berguna untuk kita semua dizaman yang penuh dengan kecanggihan..


Pada suatu petang yang indah permai di bumi United Kindom, dua sahabat, Fatimah dan Kalsum sedang duduk-duduk dan berdiskusi tentang perihal hidup.

“Kita kan kalau nak hidup nie kena ada duit, nak guna untuk makan, minum, shopping, berseronok…Nanti bila dah kahwin, nak sekolahkan anak, hantar pergi tiusyen dan macam-macam lagilah. Sebab tulah kena kerja kuat-kuat, dah tua nanti senanglah, goyang kaki ajer. Apa yang paling penting ialah duit. Kadang-kadang orang boleh buat apa sahaja yang kita suruh jika kita ada duit”, kata Fatimah dengan panjang lebar.

“Hmm…kamu pernah dengar tak tentang manusia yang hidup macam robot?” balas Kalsum sambil melirikkan pandangan ke tasik melihat itik-itik yang berenang gembira.

i-robot07.jpg

“Robot? Macamana pulak orang boleh hidup macam robot? Ke ader invention baru ?”

“Cuba kamu bayangkan sebuah robot yang fungsinya hanyalah untuk berjalan dan mencari soket elektrik bagi mengecas baterinya apabila kehabisan, supaya ia dapat berjalan lagi untuk mencari satu lagi soket untuk mengecas baterinya apabila baterinya kehabisan lagi….dan seterusnya…kitaran ini tidak akan berhenti selagi mana pencipta robot ini tidak mematikan suis robot ini…bijak tak invention robot ni pada pandangan kamu?”, Kalsum menguji.

“Hmmm…mestilah tak bijak langsung…langsung tak ada guna pada diri sendiri mahupun orang lain…huhu…ada ke patut macam tu…haha…”, kata Fatimah.

“Kelakar juga kan…tapi kalau kamu perhatikan kebanyakan manusia pada hari ini, hidup mereka tak ubah seperti ciptaan robot yang kurang bijak tu…cuba fikirkan…masakan Allah yang Maha Agung sekadar mencipta manusia, yaitu sebaik-baik ciptaan, sekadar untuk belajar dan bekerja untuk mencari duit supaya dapat membeli makanan, tempat tinggal dan kenderaan untuk membolehkannya terus belajar dan bekerja untuk mendapatkan lebih banyak duit lagi untuk membolehkannya meneruskan kitaran kehidupan yang kurang bijak persis kitaran hidup robot tadi?” ujar Kalsum.

“Ya tak ya juga”, kata Fatimah sambil mengangguk tanda setuju.

“Hidup manusia-manusia seperti ini hanya bermatlamatkan material…ramai yang tak perasan dalam diam mereka telah bertuhankan kepada ‘Materialisme’. Mereka akan sanggup buat apa saja, yang penting dapat duit walaupun mereka terpaksa melanggar segala perintah Allah.”

“Kalau macam tuh pun boleh dikatakan bertuhankan Duit ker? Boleh tak kamu terangkan dengan lebih lanjut kepada saya macam mana kita boleh dikatakan bertuhankan kepada Materialisme nie? Macam kurang jelas…”,kata Fatimah sambil mengerutkan dahinya.

“Perkara pertama yang kita perlu faham ialah apa yang dimaksudkan dengan materialistik itu sendiri. Sebagai contoh dalam hidup ini,Bertuhan kan materialisme itu boleh berlaku bila kita sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya. Kita sanggup berlapar untuk membeli barangan yang sangat mahal contohnya handphone. Kita menilai dan memandang mulia kepada orang lain kerana dia kaya, dia pakai barang-barang berjenama ataupun kerana dia cantik sahaja. Bukannya kerana ilmunya atau ketaatannya kepada Allah.”

“Oh,macam tu ke? Apa lagi contoh lain yang menunjukkan kita bertuhankan materialisme?”

“Lagi…contohnya apabila seseorang itu berniaga, dia mengurangkan timbangan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih dengan cara yang cepat tetapi dilarang oleh Islam. Contoh lain ialah apabila seseorang itu bersungguh-sungguh berkerja untuk mengejar wang sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang Islam dan dengan kata lain meninggalkan segala amal ibadat contohnya solat. Apa yang sepatutnya berlaku ialah kita bekerja untuk mendapatkan redha Allah dan membuat sesuatu kerja ini untuk Allah, bukan untuk duit itu.”

“Oh, itu macam purpose of life kan? Ni ha, ader tertulis kat baju saya nie 51:56 dan 2:30. Jom kita belek Al-quran…”

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada para malaikat, “Aku ingin menjadikanKhalifah di bumi”” (Al-Baqarah ayat 30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”(Az-Zariyat,ayat 56)

“Dan satu lagi, kalau betul kepercayaan kita hanya kepada Allah, maka kita mestilah menilai setiap sesuatu perkara tu daripada sudut pandangan Allah. Kita akan selalu fikir, jika aku buat sesuatu perkara, adakah Allah suka atau tidak. Dengan kata lain, apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara dalam hidup kita, kita berhakimkan Allah walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Ini kerana keberkatan dan rahmat dari Allah lebih besar nilainya dari duit 1 billion. Yela, jika orang itu kaya-raya pun tetap hatinya tidak bahagia dan tidak tenang, maka apa gunanya duit itu kerana ia tidak boleh membeli kebahagiaan.”

“Oh, macam tu, takut juga kan, kita dalam sedar tak sedar boleh menyekutukan Allah. Maknanya kat sini, bukan salah kalau kita nak cari rezeki dan nak kumpul duit tapi yang paling penting kita kena tahu apa tujuan kita kerja dan cari duit tu, jangan lupa untuk kita derma dan hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sebab dalam dunia ini, manusia sudah memisahkan agama tu sendiri dengan kehidupan mereka. Ada agama hanya ‘valid’ bila mahu berkahwin, bercerai dan pembahagian harta pusaka sahaja.” kata Fatimah.

“Aah, betul, betul, betul…Ada satu hadis menyebutkan ‘ Barangsiapa bergembira atas kebaikannya dan bersedih atas keburukannya, maka dia adalah seorang muslim (Riwayat Thabrani dari Abu Musa r.a)

Bukan senang nak didik diri kita nak jadi macam tu, tapi tak mustahil kan? Kita perlu sedar bahawa yang kita nak kejar ialah Syurga Allah yang luasnya seluas langit dan bumi, yang langsung tidak dapat dibanding dengan nikmat dunia ini.”

‘Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya’(al-Hadid,21)

“Barulah kita ada aqidah yang sejahtera”, kata Kalsum lagi sambil tersenyum manis.

“Haa, barulah saya faham. Eh,dah nak gelap nie, jom la kita pulang. Petang ini giliran saya masak. Esok jika kita ada masa kita datang lagi ke sini insyaAllah… dan terima kasih kerana berkongsi ilmu berharga ni dengan saya”, kata Fatimah sambil tersenyum kepada sahabatnya.

…………………………………………………

Cerita ini sekadar satu perkongsian berkenaan aqidah yang sejahtera dan tiada kena –mengena dengan yang hidup atau yang teah meninggal dunia. Tetapi inilah realiti hidup masyarakat dan mungkin masih ada lagi saki-baki jahiliyyah itu dalam diri saya sendiri yang perlu dikikis ibarat karat-karat besi yang melekat pada logam. Apa yang pasti, aqidah yang sejahtera ialah apabila kepercayaan kita hanya kepada Allah dan kita sanggup mempertahankan aqidah dan tidak menyekutukan Allah hingga akhir hayat.

Hadis berikut menerangkan pengukuhan tiga landasan utama dalam akidah.

‘Telah merasakan lazatnya Iman, oang yang redha bahawa Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Deen, dan Muhammad sebagai Rasul’ (Riwayat Muslim dari Abbas bin Abdul Mutalib)

Wassalam

Olahan dari nukilan

Ain@Leeds


***nourfadyl said.

Sama -sama kita ambil manfaat (^____^)