http://bajas-usratijannati.blogspot.com/

Showing posts with label Ceritera Kampus. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Kampus. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

The Best Medicine is Al-Quran

Assalammu'alaikum w.b.t
" KHAIRU DAWA' AL-QURAN"
Alhamdulillah, semalam 25 April 2012, penulis berkesempatan untuk menyertai Seminar Perubatan Islam yang melibatkan 3 orang penceramah yang berpengalaman.

Sedikit perkongsian yang dapat penulis kongsikan buat sahabat alam maya, semua orang akan sakit. Tetapi kita sebenarnya tidak wajib untuk mengubatinya. Namun, sebagai 'abid kepada Allah S.W.T, ia menjadi satu keperluan buat kita agar terus selesa dan senang untuk beribadah. Oleh itu, ubat yang paling berkesan adalah dari al-Quran. Hari ini, kita tidak mungkin berjumpa segala ubatan, jika tidak adanya ilmuan dahulu. Segalanya dilakukan oleh para ilmuan dengan kebergantungan kepada Allah S.W.T, dan panduan serta kurniaan akal yang diberikan olehNYA. Tetapi, sakit ini adalah satu cara untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNYA,al-KHOLIQ kita.

Tips menarik buat tatapan semua : Ayat al-Sakinah wa al- Insyirah
Semoga kita hilang rasa amarah dihati, diberikan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman..


  1. Surah al-Baqarah : ayat 248
  2. Surah at-Taubah : ayat 26
  3. Surah at-Taubah : ayat 40
  4. Surah al-Fath : ayat 4
  5. Surah al-Fath : ayat 18
  6. Surah al-Fath : ayat 26                                                                                                                

Bagi yang selalu stress, sakit kepala, sakit dada dan murung, maka bolehlah amalkan untuk membaca ayat-ayat ini:

  1. Surah al-An'am : ayat 125
  2. Surah Taha : ayat 25
  3. Surah az-Zumar : ayat 22
  4. Surah al-Insyirah
Alhamdulillah, semoga bahagia menjadi milik kita, dan semua adalah dariNYA.. InsyaAllah..

Saturday, October 22, 2011

Anugerah Tuhan buat Insan Istimewa

Assalammu'alaikum w.b.t.

             Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Betapa hari ini saya bersyukur kerana dipertemukan insan istimewa yang mengajar saya menjadi insan istimewa buat anak didik yang teristimewa. Meski datang agak lewat kerana tidak pasti dengan rencana hari ini, namun akhirnya nikmat berjalan kaki dan langkah menuju ke Dewan Kuliah Utama,APIUM memberi jawapan yang sangat menikam sukma dan impak kesedaran yang mendalam.    

bersama ustazah 'aziah

          Belajar ilmu baru dari seorang guru yang dinobatkan di peringkat kebangsaan iaitu Ustazah Nor 'Aziah Mohd Daud menjadikan diri ini begitu bertuah, dan peserta-peserta lain mesti alami apa yang saya rasai. FAQIH, Celik Al-Quran berpandukan Nombor dan Warna, itulah istimewa kaedah dari insan istimewa. Satu persatu kaedah kami di ajar, bermula dari pengenalan sehinggalah boleh menggerakkan jari membentuk aksara Bismillahhirrahmanirrahim dalam bahasa Arab dengan mudah untuk komunikasi buat insan teristimewa. Kini, barulah saya mengerti, inilah Fardhu Kifayah. Sekalung penghargaan buat Ustazah kerana memberi kesedaran ini. Mereka memerlukan apa yang kita ketahui, itulah dia amanah dalam ilmu. Kita sudah pelajari dan sampaikanlah kepada insan-insan yang memerlukan.  

buku kaedah faqih


Semoga ilmu yang bermanfaat menjadi manfaat buat kita..

Sunday, October 9, 2011

Be a greater woman!!

Alahmdulillah..syukur dipanjatkan ke hadratNYA kerana saya masih dapat berkongsi cita dan rasa buat semua..

Alhamdulillah.. Semoga mama dan bapa serta semua keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan semua penduduk Muslim di alam ini sentiasa dalam taufik dan hidayah serta kesihatan yang baik.

Alhamdulillah, akhirnya hujung jari ini berjaya melakar kembali coretan di laman skrin notebook.

Alhamdulillah juga, buah fikiran ini kembali untuk berniaga..

Alhamdulillah juga, kaki ini melangkah kembali ke bumi UM setelah 4 bulan bercuti + 2 minggu cuti disebabkan hal yang tidak dapat di elakkan..


Alhamdulillah.. semoga kita terus menulis dan menulis serta belajar dan belajar..


Ingat selalu!! Jangan susahkan orang lain !!





Thursday, February 24, 2011

Fikir & Zikir.. Keluhan yang terjawab


بسم الله الرحمن الرحيم


Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya..



Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Sebenarnya kita adalah cerminan untuk keadaan kita sendiri. Orang yang paling kuat adalah orang yang paling sabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam hidupnya. Letakkan pergantungan kita kepada Allah S.W.T. disertai dengan tawakkal. InsyaAllah nikmat kemanisan Iman dan Islam itu pasti kita merasai.


Renungi firman Allah S.W.T.

69. dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.


Andai perhisaban di AkhiratMu merupakan wasilah untuk SyurgaMU,

Izinkan kami berada di antara para kekasihMu..



Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

Gambar : Jahidi Saili

Artikel ini pernah dihantar oleh penulis di I luv Islam. Semoga ia memberi manfaat yang amat berguna buat kita.



Adaptasi oleh :

Noor Fadilah binti Md Aslie

Sarjana Muda Pendidikan Islam

www.ceriterasahabat.blogspot.com



* mohon komen dari kalian. Terima Kasih (^^,)