http://bajas-usratijannati.blogspot.com/

Wednesday, April 20, 2011

Bingkisan I’jaz ‘Adadi

Ilmu I’jazi

Perkenalan denganmu manfaat

Buat si pencinta ilmu

Kalam Allah yang menjadi tunjangmu

Lantas..

Pelusuk dunia semakin menelaahmu

Al-Quran dikaji

Disetiap juzuk..

Surah..

Ayat..

Dan.. disetiap tulisan huruf- huruf.


to be continue....



Tuesday, April 19, 2011

AKIBAT SEKETUL AIS


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah

akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak

yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada

serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!


FROM: FACEBOOK NOTE


UNTAIAN KESEDARAN

Monday, April 18, 2011

RAHSIA ILMU KESIHATAN DALAM AL-QURAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

82. dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al- Israa :82)

Demikian ayat al-Quran yang cuba saya bawakan untuk sesi fikir dan zikir kita pada kali ini. Saya kira akan timbul persoalan serta perasaan takjub yang hebat tatkala mata hati kita meneliti ayat tersebut. Hanya dengan mengamalkan ayat- ayat al-Quran serta memahami al-Quran kita boleh meneliti rahsia kesihatan bagi jasad serta roh yang dipinjamkan oleh Pencipta Maha Agung kita, Allah S.W.T. SubhanAllah, betapa indahnya Al-Quran disusun oleh Allah S.W.T dengan setiap huruf, kalimah, ayat, surah dan juzuk berada pada tempatnya serta maknanya yang tersendiri. Semuanya mukjizat dari Allah S.W.T buat kekasihNYA Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi ikutan kita, umat diakhir zaman ini.

Jika ditelusuri kronologi pendidikan seseorang yang mengambil ilmu Tibb atau kedoktoran, frasa tajuk yang saya bawakan ini tidak asing lagi pada halwa telinga mereka. Kemungkinan bagi yang tidak mengambil ilmu Tibb ini, saya kira ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Saya percaya dan yakin, meskipun kita tidak mengambil ilmu perubatan, kita boleh meneroka ilmu perubatan dengan cara kita sendiri. Tidak mustahil, siapa tahu pelajar yang mengambil jurusan Fakulti Ekonomi atau Fakulti Pendidikan boleh mendalami ilmu perubatan seperti Ibnu Sina di zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Maka, tidak mustahil juga Kitab Qanun Fi Tibb akan wujud di generasi ini.

Lalu, apakah sebenarnya 1001 rahsia kesihatan dalam al-Quran ?

KEBERSIHAN

Kebersihan adalah lambang kesihatan seseorang. Bagaimana ilmu kesihatan berpaksikan al-Quran boleh wujud melalui medium kebersihan ini?

Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Baqarh ayat 222 ;

222. ……Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.

Begitu juga dalam surah al-Maidah ayat 6;

6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Jelas, dari ayat diatas hal ini terbukti apabila sebelum kita mengerjakan solat, satu kewajiban ke atas hambaNYA ialah membersihkan badan dan membasuh anggota tubuh terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat. Bagaimana Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap keadaan hambaNya dengan memerintahkan hambaNYA untuk membersihkan diri serta bersuci dari hadas kecil dan besar sebelum melakukan suatu ibadat khusus. Jika kita membiarkan diri dalam serba kekotoran, maka kemungkinan besar penyakit- penyakit yang memudaratkan akan datang kepada kita, termasuklah juga menahan diri dari hadas kecil dan hadas besar.

Cuba kita teliti ayat terakhir dari surah al-Maidah di atas.

“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

KELONGGARAN @ RUKHSOH

Allah S.W.T. juga memberikan peluang atau kelonggaran kepada hambaNYA jika berlaku sesuatu halangan bagi mengerjakan ibadah umum atau khusus. Syukur kehadratNya betapa Allah S.W.T Maha Mengasihi dan mengambil berat terhadap kesihatan hambaNYA. Maha Mengetahuinya Allah S.W.T. terhadap setiap apa yang berlaku kepada hambaNYA, kemudian diberikan nikmat kesihatan di dunia ini.

Contohnya, Islam memberikan keringanan kepada orang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa dikhuatiri akan menyebabkan sesuatu yang memudaratkan akan berlaku. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Selain itu, Islam juga menggugurkan kewajiban haji dari seseorang yang sedang sakit, sepertimana dalam firmanNya, surah al-Imran ayat 97 ;

97. di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Bersyukurlah kita di atas nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Ingatlah nikmat sihat sebelum nikmat sakit. Allah memberikan peluang kepada kita untuk mengecapi nikmat kesihatan, kemudian bersyukurlah kita, kerana segalanya boleh dicabut dengan sekelip mata. Apabila kita sakit pula, jangan mudah putus asa untuk mencari penawarnya kerana tidak ada penyakit yang boleh diubati selain dari mati.

Semoga kita mendapat manfaat dari sedikit perkongsian ini.InsyaAllah, akan menyusul pula edisi akan datang mengenai tajuk ini.

Tinta Hujung Jari,

Noor Fadilah binti Md Aslie

Universiti Malaya Kuala Lumpur