http://bajas-usratijannati.blogspot.com/

Monday, April 19, 2010

jangan ada rasa bosan dalam diri

Hampir seminggu menjejakkan kaki ke perpustakaan Universiti Malaya, hampir seminggu juga saya melihat pelbagai aksi dan ragam manusia. disana sini, pelbagai gaya belajar, tapi semua itu buat saya semangat belajar.

sesetengah pasti merasa hairan kenapa perpustakaan lebih baik dari bilik, sedangkan bilik lagi selesa untuk belajar. namun saya punyai beberapa sebab :
  • perpustakaan tidak ada katil untuk kita senag- senang tidur
  • bilik teramat selesa buat saya untuk belajar, jadi kita pilih yang lagi susah, mayb itu lebih baik
  • perpustakaan adalah suasana yang peribadi
kepada ahli bilik saya merangkap teman seperjuangan saya, mohon maaf kerana waktu siangnya saya selalu sirna dari pandangan mata. insyaAllah, mudah- mudahan kita berjaya semuanya. maaf juga andai selama ini saya pernah mengguris hati dan terima kasih atas segalanya. mudah- mudahan ilmu yang kita timba memberi manfaat buat kita semuanya.

satu falsafah saya kira, saya dapat pada hari ini, " jangan kita pernah bosan dengan ilmu, sedangkan ilmu tidak pernah bosan dengan kita"
jadi.. jangan jemu untuk belajar, dan jangan sombong dengan orang yang bagi kita ilmu. Adalah lebih baik kita berkongsi tentang ilmu yang kita pelajari.

fadilah!!
All the best untuk esok!!
  1. English for academic purposes :: 11.30am :: aras 1
  2. Asas pembudayaan keusahawanan :: 3.00pm :: lamp c
Letakkan keyakinan pada Allah SWT..

Sunday, January 17, 2010

Meniti Hari- hari..

Buat titipan sang pembaca blogger.

Alhamdulillah..tiba masanya saya kembali bicara dalam laman maya ini, setelah lama terbiar
dimakan dek masa dan aplikasi- aplikasi lain yang jauh tidak mempunyai kaitan dalam bidang
penulisan ini.

Alhamdulillah, tanggal 28 Disember 2009 lalu, saya kembali menjadi mahasiswi kampus setelah
hampir 2 bulan menjadi gadis desa. Tetapi benar, tinggal didesa jauh lebih seronok dari tinggal
di kota yang penuh dengan pancaroba, kebisingan siang dan malam. Apapun alam kampus memberi
banyak pengalaman buat saya. Kata kakak, kau akan merindui alam kampus setelah kau bergelar
seorang yang telah "graduate" kelak. Setelah diimbas, memang benar. Namun hingga kini saya mahu
untuk menimba pengalaman yang menarik itu. Menelaah buku, sambil mengikuti program- program
membangun jiwa dan keyakinan diri. Siapa sangka..Mahu mendapatkan angka 4 disetiap akhir semester itu
sememangnya payah, tetapi tanamkan dalam diri kita dapat gapai angka 4 itu..InsyaAllah, to be an extra ordinary
person, do an extra ordinary works!!

Minggu drop dan add subjek memang agak memeningkan, Alhamdulillah apabila masa semakin menghampiri
ke angka 12pagi pada 10 Januari lalu, akhirnya dapat juga mendaftar yang sesuai buat diri ini.

Jadual subjek..
Hari Selasa yang memenatkan tetapi seronok sebab ada English :).
Hari Jumaat apatah lagi, FREE..:)

Semoga semester ini lebih baik dari semester lepas. Mak bapa dan semua, doakan saya disini..