http://bajas-usratijannati.blogspot.com/

Thursday, February 24, 2011

Fikir & Zikir.. Keluhan yang terjawab


بسم الله الرحمن الرحيم


Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya..



Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Sebenarnya kita adalah cerminan untuk keadaan kita sendiri. Orang yang paling kuat adalah orang yang paling sabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam hidupnya. Letakkan pergantungan kita kepada Allah S.W.T. disertai dengan tawakkal. InsyaAllah nikmat kemanisan Iman dan Islam itu pasti kita merasai.


Renungi firman Allah S.W.T.

69. dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.


Andai perhisaban di AkhiratMu merupakan wasilah untuk SyurgaMU,

Izinkan kami berada di antara para kekasihMu..



Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

Gambar : Jahidi Saili

Artikel ini pernah dihantar oleh penulis di I luv Islam. Semoga ia memberi manfaat yang amat berguna buat kita.



Adaptasi oleh :

Noor Fadilah binti Md Aslie

Sarjana Muda Pendidikan Islam

www.ceriterasahabat.blogspot.com



* mohon komen dari kalian. Terima Kasih (^^,)

11 comments:

Unknown said...

perkongsian yang menarik..sesungguhnya di dalam Al-Quran itu terdapat jawapan bagi orang yang mahu mengerti..=)

Wan Hajia Unik said...

Rasulullah menganjurkan kita sebagai umatnya agar membaca dan memahami al-Quran. Sabda Nabi:
1. "Sebaik-baik manusia ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
2. "Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca al-Quran"
3. "Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca al-Quran"

Oleh itu, marilah kita membaca, memahami dan mengamalkan isi al-Quran yakni Kalamullah s.w.t...wallahu 'alam..

Ayn Fania said...

ujian itu lumrah... malas itu biasa.. apa yg luar biasa? kejayaan yang di galas dengan pengorbanan yang luar biasa juga.. xpa.. sbr.. usaha.. pasti akan selesai juga.. nsyAllah..

Polydimethylsiloxane Mdbm said...

tentang ujian,nabi saw telah m'beritahu kita "manusia yg paling dasyat ujiannya adlh para anbiya kemudian org2 yg serupa lalu org2 yg serupa.Seseorg itu diuji menurut ukuran agamanya. Jika agamanya kuat maka ujiannya pun dasyat.Dan jika agamanya lemah,maka ia diuji menurut agamanya.Maka ujian akan selalu menimpa seseorang sehingga membiarkannya b'jalan di muka bumi,tanpa t'timpa kesalahan lagi."-diriwayatkn oleh attirmizi,ibn majah,addarimi,attahawi,ibn hibban, imam ahmad [disahihkn oleh albani]-Silsilah Hadis Sahih,144

Diyana Yana said...

kadang2 kita x prsn,jwpn negatif yg terlintas di hati kta ni...sbnrya telah termaktub olehNYA di dlm kalamullah yg suci dgn jwpn pstf...jwpn ngtf di hti kita,tp positif yg diberikan oleh ALLAH...itu tndanya ALLAH sgt syg pd hamba2NYA..cuma kdg kala kita sja yg smkin menjauh drNYA...fikir,renung,hayati smbil berpgg pd isi al-quran,insyaALLAH hidup kita senantiasa mendapat barakah drNYA...sekadar renungan utk diri ini juga utk kita semua =)

Polydimethylsiloxane Mdbm said...

‎''Sesungguhnya besarnya pahala p'balasan(pahala) itu b'sama dgn besarnya ujian.Dan sesungguhnya Allah apabila m'cintai sstu kaum maka Dia akn m'uji mereka.Barangsiapa redha maka untuknyalah kerdhlaan(Allah) dan barangsiapa murka maka untuknyalah pula kemurkaan itu"-diriwayatkn oleh attirmizi & ibn majah-silsilah hadis sahihah,146...........maka redhalah dgn ujian yg Allah bagi, sntiasa b'sangka baik dgn Allah dan mohon kekuatan dariNya..dn dunia ni sgt smentara,ambillah secukupnya sja utk kehidupan dunia dan carilah pula bekal sebanyaknya utk hidup yg selamanya di sana...Allahu a'lam..:)

February 24 at 10:37pm via facebook

1 said...

Assalamualaikum..

Artikel yang baik..
Teruskan berkongsi perkara-perkara baik seperti ini..

Sebaik-baik jawapan kepada setiap perkara adalah al-Quran al-Karim.

Ramai dalam kalangan manusia seringkali gagal, putus asa,dan sebagainya dalam kehidupan kerana gagal mencari jawapan kepada setiap persoalan dan perkara yang dilakukan.
Walhal,al-Quran telahpun memberikan panduan kepada manusia bagaimana untuk menempuh kehidupan sebagai hamba Allah di dunia yang fana' ini.
Wallahu'alam..
Wassalam.

Shima Asmadan said...

Al-Quran penenang hati..

February 24 at 10:56pm via facebook note

m@nj@Yue said...

“Betapa nikmatnya membaca al-Qur’an sekiranya kita faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab…"

hehehe said...

alquran sebaik2 petunjuk hidup..

Unknown said...

Allahu Akbar..... Subhanallah... betapa besarnya kekuasaan Allah :)