http://bajas-usratijannati.blogspot.com/

Wednesday, February 23, 2011

®BETAPA ALLAH ITU MAHA KAYA..


15/11/2008..SABTU..LOC:BANGI

*artikel ini adalah satu bahan yg pernah saya letakkan dilaman maya saya ini suatu ketika dahulu.. semoga menjadi manfaat bersama..:)


Sedang aku leka meneliti notebook kesayanganku..” adik, cepat bersiap. Jap lagi kita nak p lawat pak cik dekat IJN”.: ha..dari pagi tadi kepalaku ligat berfikir..kenapa abang dan kakakku merancang untuk turun ke Ibu Kota pada hari itu. Sebenarnya berat hati dan kakiku melangkah disebabkan tugasan masih banyak yang belum selesai. Namun seketika hatiku berdetik..@ short form IJN menarik perhatianku.. sebenarnya diriku memang telah lama bercita-cita untuk melihat keadaan sebenar di IJN selepas melihat bermacam-macam kejadian yang berlaku di dada-dada akhbar mengenai pesakit jantung. Walaupun pada asalnya cita-citaku ingin berkhidmat kepada masyarakat sebagai seorang doctor,namun ia terkubur begitu sahaja disebabkan minat yang lebih mendalam dengan alam perkomputeran. Mungkin ilmu Biologi, Kimia & Fizik yang aku pelajari dulu boleh dipersembahkan melalui alam maya ini.

Maka, dengan gerak yang pantas..aku bersedia secepatnya memandangkan waktu semakin menghampiri jam 5 petang. Anak buahku Zaim Luqman pula dengan ragamnya tidak mahu menyalin pakaian kecuali makciknya sendiri yang memakaikan untuknya..”aduh2 luqman2..”

Tepat jam 5.30 petang, kami bertolak menuju ke destinasi utama..IJN.. terbayang dibenakku, bagaimana keadaan sebenar di sana nanti..pelbagai pertanyaan menerjah difikiranku, boleh ke ambil gambar dekat sana..kalau dapat boleh share dekat blog..mesti macam2 karenah orang dekat wad nanti..aku terus bermonolog.

Sesampainya di bangunan itu, kelihatan begitu ramai sanak saudara, sahabat handai dating mengunjungi warga IJN tersebut. Di kawasan legar IJN, duduk seorang ‘warga IJN’ ditemani keluarganya…agaknya menghirup udara luar kot, duduk dalam bangunan bosan juga..

Kami disambut dengan suasana keadaan hospital yang agak sibuk dengan orang awam, jururawat dan doktor yang keluar masuk..(almaklumlah..hospital) Tingkat 4 terus dituju, akhirnya pak cik ditemui. Berdepankan pemandangan KLCC pada waktu malam, keadaan di wad itu begitu tenang, sesuai bagi mereka supaya lebih bersemangat untuk pulih dan berkeyakinan serta ketabahan yang kuat.

Pak cik (Pak Ngah) baru dibedah beberapa hari lepas, kelihatan bekas jahitan di tengkuknya..(( alamak..takutnya)) abangku berkata kepadaku, saluran jantung Pak Ngah kemungkinan ada yang rosak, jadi saluran darah di sebelah kaki kanan telah diambil bagi menampung saluran yang rosak di bahagian jantung. Lantas aku teringat kembali subjek Biologi yang aku ambil beberapa tahun dahulu..(( Alhamdulillah, boleh juga ingat balik, walaupun dah hampir lupa, tapi bila kita menhadapi sesuatu perkara, kita akan teringat kembali apa yang kita pelajari selama ini..jadi tidak sia-sia ilmu kita, dimana-mana tetap berguna ))

Saat itu kakakku member sedikit tazkirah..” betapa Allah itu Maha Kaya. Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaiknya dan sesempurnanya. Tidak ada yang berhak menentukan selain al-Kholiq kita. Jika dia berkata Kun Fa Ya Kun.. maka terjadilah sesuatu itu. Masing-masing apa yang berada di dalam sistem badan kita ini menampung sisitem yang lain juga.. jikalau tidak pun, kita berkongsi apa yang Allah jadikan ini dengan orang lain “

Ketika itu aku berfikir..SUBHANALLAH.. janganlah kami tergolong dalam kalangan yang tidak mensyukuri nikmat-MU.. lihat sahaja Pak Ngah, walau salur darahnya menuju kebahagian jantung telah rosak, tapi saluran di tempat lain masih berguna lagi..

ALLAH HU AKBAR..!!Ya Allah, Tiada Tuhan Selain ENGKAU..& Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..Matikanlah kami dalam Iman kepada-MU…

Ò al_fadyl@yahoo.com Ò

No comments: